Monday, 22 December 2014

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat blog saya.. Perkenalkan nama saya Felsy Evyfron Laiwin berumur 19 tahun selaku pemilik The Amazing Resort. The Amazing Resort ini terletak di kawasan Daerah Tongod di sekitar kawasan kampung Kiandongo. The Amazing Resort ini mula dibuka pada awal tahun 2013 dan telah mula menjalankan operasi sejak jun tanun ini. The Amazing Resort ini menawarkan pakej percutian dilengkapi dengan tempat tinggal (penginapan) disediakan serta kemudaha-kemudahan yang lain. Kawasan ini mempunyai kawasan yang sesuai untuk pelancongan ataupun percutian kerana kawasan ini mempunyai bentuka muka bumi yang bergunung-ganang dan terdapat beberapa air terjun semulajadi di kawasan tersebut. Selain itu, The Amazing Resort ini juga mempunyai keluasan kira-kira 25 hektar dan kawasan hutan yang masih belum diterokai dan masih banyak pokok-pokok yang besar, pendek kata suasana yang menyamankan berpunca daripada kanopi hutan yang menutupi sepanjang perjalanan di sekitar kawasan hutan ini.